Janji Allah di akhir zaman untuk rujukan geng Kospirasi.
Alkisahnya, Sebagai seorang islam, suka saya nak kongsi cerita tentang menunaikan janji kerana ianya adalah kewajipan ummat islam selagi tidak bertentangan dengan akidah
Mungkir janji pula termasuk antara dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.
Dalam Quran ada cerita tentang manusia yang yang berjanji tapi tidak menunaikannya lalu Allah menjadikannya orang munafik dan dijanjikan pula dengan masuk neraka, (rujuk 75-77 Surah At-Taubah)
So, Berjanji adalah perkara yang penting, menunaikan janji lagi-lagilah penting!
Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Dan janji Allah dan RasulNya pasti di tunaikan…
Nabi pernah berJanji bahawa kerajaan Parsi akan jatuh di tangan Ummat Islam dan Suraqah akan memakai gelang Raja Parsi, sebagai bukti Janji Rasul itu benar, maka Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar r.a dengan linangan airmata terharu akan betapa benarnya janji Allah dan RasulNya lalu menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik r.a yang pernah di janjikan gelang itu sebelum kejatuhan Parsi lagi!
Nabi Muhammad SAW juga pernah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Instabul adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah, pendek cerita, akhirnya Sultan Muhammad Al- Fatih telah berjaya menawan Konstantinople..
Kemudian mari kita lihat janji Allah pula:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"
Itu adalah janji Allah. Namun Ayat ini biasa di guna oleh para geng teori kospirasi bahawa negara Islam tidakdaoat wujud kerana perancangan licik Yahudi
Jadi abang mayat nak Tanya balik? Apa itu negara islam? Korang paham ke apa itu negara islam?
Sebelum itu cuba korang baca ayat ini tentang janji Allah..
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa…”
[al-Nur 24:55]
Tafsir oleh Buznama akan ayat ini adalah.., Allah menjanjikan Negara islam kepada ummat islam apabila sebahagian besar ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..
Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,
Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!
Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapat Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila Nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !
Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,
Atau nak bagi senang paham,
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!
Korang faham tak?
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..
BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!
DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!
Jadi kesimpulannya apa yang kita faham bahawasanya berjuang untuk Pemerintahan Islam semata mata bukanlah objektif bagi seseorang mukmin. Apatah lagi percaya kepada teori Konspirasi yang membuatkan kita tak dapat negara islam padahal Objektif kita sebagai muslim ialah untuk menyukakan Allah dengan bertindak di atas SuruhanNYA dan Sunnah Rasulullah SAW.
Apabila kita sudah mengamalkan perkara yang menyukakan Allah, Allah akan buat DUNIA Ini tunduk kepada kita. Yahudi pun akan tunduk pada kita! Ini Janji Allah!
Saya ulang sekali lagi akan firman Allah Ta'ala sila baca laju laju macam Dr Zakir Naik:
“Allah promises for those who bring firm faith and do righteous deeds that He will make them His vicegerants on the earth."
Maka, sesiapa yang sedang berusaha untuk tegakkan pemerintahan Islam (Khalifah) wajib melihat dalam diri mereka, dimanakah tahap hubungan mereka dengan Allah. Bukan melihat kepada teori Konspirasi yang boleh ditulis oleh semua orang, aduhai.., Yakinlah, Hanya setelah Iman dan akhlak mulia seperti mirip kehidupan sahabat di zaman terbaik datang dalam diri pejuang Islam, barulah dunia termasuk yahudi akan datang dalam keadaan tunduk dan sujud kepada orang islam.
Faham tak?
Jika tak faham, saya bagi contoh simple,
Cucukan vaksin untuk imunisasi akan di berikan kepada setiap rakyat dan di wajibkan oleh kerajaan untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Tapi sekiranya gelaja merebak yang terlalu kuat dan belum ada imunisasi, maka kawasan yang terlibat akan di quarantine kan.
Ada usaha geng teori kospirasi nak ‘kuarantin’kan Malaysia dari Yahudi, supaya Rakyak kelak, dapat selamat dari penyakit iman dengan cara jangan guna teknologi Yahudi langsung. Jangan guna perubatan WHO, Tapi mereka tak sedar FB pun Yahudi buat? Google Maps bantu tak sesat jalan pun Yahudi buat, Ambulance tu datang ambik pesakit guna Mazhab WHO, Bius waktu bersunat tu pun teknologi WHO jugak, jadi…
Nabi sendiri tak tolak teknologi, (rujuk waktu perang Taif) kerana orang yang tolak teknologi adalah jahil, Maka oleh yang demikian itu, dalam bab Kospirasi anti teknologi yahudi, kenapa tak imunkan sahaja iman Rakyat Malaysia dengan cara renew iman dan seterusnya dunia ini tak perlu lagi di kuaratinkan?.
Orang yang kuat Iman, guna teknologi Yahudi pasti takde masalah, mahalan Allah janji bila kuat Iman secara berjemaah, maka Yahudi akan tunjuk, Yahudi masuk islam, automatic FB dan WHO pun jadi islam.. Nampak tak?
Al faham ke idop?
Ok, Tamsil Bahasa mudahnya begini:-
Jika korang duduk pantai timur, dan kemudian, anak korang dapat tawaran belajar di Kuala Lumpur, maka korang terus bimbang masa depan sebab kat KL yang korang faham banyak gejala maksiat, tempat hiburan banyak, kedai arak banyak, kedai jual nombor dan sebagainya.
Lalu kita buat usaha untuk tukar Kerajaan dan bila kita menang, kita tutup segala macam tempat hiburan yang banyak itu, kedai arak kita tutup, kedai jual nombor dan sebagainya semua kita tutup.
(jika menang, if… )
Tapi kita terlupa yang anak kita ada penyakit iman dan belum di ’imunisasikan’ lagi. Sampai Kuala Lumpur anak kita akan buat sendiri amalan orang –orang yang rosak imannya.
Seperti solat lengah-lengah, berzina dan sebagainya.
Maka moralnya di sini adalah. Kau nak tumbang Kerajaan ke, nak berteori kospirasi ke, tolong jangan lupa untuk buat usaha atas iman. Usaha jaga solat jemaah dan usaha hidupkan Sunnah Nabi, dan akhlak Nabi..
Sebab bila anak kita dan di renew iman mereka, dan di imun iman mereka, jika dapat tawaran belajar kat USA pun masih solat jemaah, tak berzina dan sebagainya.
Mungkin kelak berkat fikir risau, semua orang negro masuk islam, tak mustahil bukan?
Dan akhirnya Amerika akan jadi negara islam. Simple.
“kejap, saya Tak faham anologi analogy bertaraf medical, guna vaksin dan quarantine ni Encik Hamka, kami ni anti vaksin, tolong guna anologi lain..”
Aduh,
Anti vaksin pulak dahhh, baik.. saya bagi contoh lain:
Jika korang ada kawasan pertanian yang subur, dan binatang ternak yang jinak, maka logik jika kita pagarkan(Quarantin).
Tapi jika kita pagarkan satu kawasan yang penuh dengan semak samun, ular berbisa, biawak, dan macam-macam haiwan ganas, bukankah tindakan itu membazirkan masa dan harta?
Maka usaha perlu di buat dari semua peringkat dalam Islam dengan cara mantapkan Iman dan akidah. Jika orang islam sendiri tidak educated, tidak mantap kefahaman agama mereka, akhirnya ramai yang akan menentang system pemerintahan islam. Walaupun selepas ia sudah diwujudkan. Rujuk Afganistan, Pakistan, Mesir dan Negara ‘Islam’ yang lain.
Jadi kita kena faham this golden rule, di petik dari Buznama katanya:
Al quran turun secara metamorfosis iaitu berperingkat peringkat, Islam menjadi agama yang sempurna juga secara metamorfosis dan Pemerintahan khalifah akan tiba secara metamorphosis juga, Bukan secara mekanikal.
So, Jahiliyyah boleh dianalogikan sebagai satu pokok yang besar dan kukuh serta teguh. Tidak tumbang di tiup angin, di pukul ribut atau di landa ombak tsunami.
Tiba-tiba satu hari, pokok itu rebah menyembah bumi. Berkecai-kecai. Kenapa? rupa-rupanya, dalamnya ada anai-anai. Itulah kekuatan dan kesan usaha dakwah yang berkesan , konsisten dan komited.
Pemerintahan khalifah akan tiba. Insha Allah. Itu janji Allah, Tapi kita kena mainkan peranan kita, tanggungjawab kita berdakwah cara Nabi, jaga solat berjemaaah, ajak ummat bersolat jemaaah dan berdakwah cara Nabi, InsyaAllah.
Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman itu akan terselamat dari Fitnah Dajjal!
Tapi bila SOP di masjid yang terbaru waktu PKP boleh jer datang solat subuh asalkan jarak, pun masih tak penuh, padahal semua konspirasi korang dah tahu, tapi masih tak pergi solat subuh, maka nak salahkan Yahudi jugak bila Solat subuh tak ramai macam solat Jumaat? macam mana tu?
Akhir kata, Jom kita pakat pakat penuhkan masjid waktu PKP ini, jaga SOP, dan sama sama kita jadi frontliner saf paling hadapan.
Woha!
Ps: Sesungguhnya, bersaksilah dengan iman orang yang berulang alik ke masjid, kerana mereka yang memakmurkan rumah Allah adalah orang yang benar benar beriman.